Baru-baru ini, kami menggunakan perkhidmatan pesanan makanan Foodpanda untuk memesan sandwic Subway dari Galeria PJH, Putrajaya. Antara menu yang dipesan ialah sandwic Subway Melt. Sayur yang dipesan ialah semua sekali kecuali timun.
Namun begitu, kami kecewa kerana apabila sampai sahaja pesanan yang diminta, sayur yang diletakkan bersama tidak langsung seperti apa yang dipesan.




Mungkin kerana pekedai di Subway Galeria PJH berkenaan tidak membuat sandwic secara berhadapan dengan pelanggan. Ataupun, kedai tersebut tidak cukup bekalan sayur namun malu untuk menutup sistem penerimaan pesanan Foodpanda.
Apa pun jawapannya, keadaan sandwich yang begini bukanlah sesuatu yang boleh diberi toleransi memandangkan pelanggan membayar pada “harga” Subway. Dengan harga yang sedemikian, pelanggan seharusnya mendapat sandwic yang dibuat dengan teliti dan berkualiti. Sebarang kompromi atau pengurangan dari segi kualiti harus dimaklumkan kepada pelanggan.








Komen dan cadangan penambah baikan telah diberikan kepada Foodpanda. Walau bagaimanapun, kami percaya pihak Subway Malaysia seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan kualiti makanan yang disediakan terjamin dan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh syarikat.