Solat Jumaat Edisi PKPB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Masjid yang juga dikenali dengan nama Masjid Besi ini merupakan antara ikon popular di Putrajaya. Masjid ini menjadi pilihan penduduk Putrajaya yang ingin mengerjakan solat berjemaah selain daripada Masjid Putra yang terletak lebih hampir dengan kompleks pentadbiran Perdana Putra.

Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), umat Islam di kebanyakan tempat diberikan kelonggaran untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di masjid. Kapasiti jemaah pula tertakluk kepada keluasan masjid, asalkan tidak wujud kesesakan sehingga penjarakan sosial sukar dilaksanakan.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Jemaah Sedang Beratur di Luar (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur di Luar (1 Januari 2020)

Kami telah berkesempatan berkunjung ke masjid ini untuk menunaikan solat fardu Jumaat baru-baru ini. Cuba nasib kerana masjid lain yang memerlukan pendaftaran lebih awal sudah penuh.

Kami mencari-cari maklumat berkenaan pendaftaran jemaah sebelum datang ke sini. Namun begitu, tiada maklumat berkenaan pendaftaran lebih awal. Jadi, kami beranggapan bahawa jemaah boleh datang secara walk-in di sini. Di sesetengah masjid, para jemaah dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebelum boleh datang untuk bersolat.

Namun begitu, Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya ini kelihatannya tidak mempunyai sistem pendaftaran lebih awal. Penyediaan tempat solat adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”. Untuk tempat bersolat yang terjamin, anda disyorkan untuk tiba di masjid sekitar 15 minit sebelum masuknya waktu Zohor.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Jemaah Sedang Beratur (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur (1 Januari 2020)

Barisan ketika beratur agak panjang. Semasa beratur, penjarakan sosial dan pematuhan SOP dipantau oleh beberapa pegawai polis yang ditugaskan di sini.

Apabila anda menghampiri pintu masuk masjid, pegawai masjid akan mengedarkan plastik untuk anda menyimpan kasut/selipar anda. Kasut/selipar ini kemudiannya boleh dibawa bersama masuk ke masjid.

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Penjarakan Sosial (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Penjarakan Sosial (1 Januari 2020)

Penjarakan sosial diamalkan dengan baik di masjid ini. Para jemaah kelihatan rata-ratanya berdisiplin dan anda pastinya akan berasa selamat selama berada di kawasan masjid ini.

Pro tip: Sekiranya wuduk anda terbatal, pihak masjid masih bertimbang rasa. Anda dibenarkan untuk berwuduk semula di tempat wuduk yang disediakan. Penting untuk anda menjaga wuduk bagi mengelakkan kesesakan di tempat wuduk.

Kami mengesyorkan anda untuk sentiasa mendapatkan khabar terbaru dan maklumat tepat dari sumber di laman web rasmi dan laman Facebook Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Waktu Operasi Pasar Raya Giant Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pasar raya ini akan tetap dibuka semasa tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi Pasar Raya Giant Semasa PKP / MCO.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pasar raya ini:

𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗦𝗧𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝟭 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗨𝗧Semua stor GIANT akan memastikan stok barangan kami mencukupi dan pengalaman membeli-belah para pelanggan sentiasa bersih dan selamat.Bagi memenuhi para pelanggan dalam golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu mengandung, golongan orang kelainan upaya, pasukan keselamatan dan perubatan disediakan untuk kemudahan sekalian, kami akan menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut untuk kemudahan sekalian: Setiap satu jam pertama hari Selasa dan Rabu Kaunter bayaran khasPelanggan dinasihatkan menghantar wakil keluarga dan membeli hanya apa yang diperlukan sahaja. Kerjasama anda amat dihargai! *𝙒𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙪𝙧𝙪𝙨 𝙣𝙞𝙖𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙠𝙚𝙢𝙖𝙨𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙠𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣 (𝙋𝙆𝙋). #GiantMY

Laman Facebook Giant Malaysia, 31 Mac 2020

Waktu Operasi Pasar Raya Giant Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pasar raya ini.

Waktu operasi Giant di seluruh Malaysia tidak seragam dan berbeza-beza mengikut lokasi. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Waktu Operasi Giant (PKP) Bermula 1 April 2020
Waktu Operasi Giant (PKP) Bermula 1 April 2020

Maklumat Tambahan

Kemudahan istimewa seperti 1) Waktu khusus satu jam pertama hari Selasa dan Rabu dan 2) Kaunter bayaran khas disediakan untuk golongan berikut:

  1. Warga emas
  2. Ibu mengandung
  3. Golongan orang kelainan upaya
  4. Pasukan keselamatan dan perubatan

Maklumat Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan (telefon): +603 5544 8888

Khidmat pelanggan (e-mel): [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/giantmalaysia): Laman Facebook mereka memiliki 616,993 pengikut. Pengumuman dan iklan produk juga sering dikirim pada laman Facebook mereka.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/giantmalaysia/): Laman instagram mereka memiliki 73,400 pengikut dan 513 kiriman (16 April 2020). Dari segi engagement rate pula, Phlanx Engagement Calculator memberikan markah 0.04%, dengan purata 29 tanda suka dan 1 komen bagi setiap kiriman.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/channel/UC-s4ab7Oe0UACpwhhKaz5zA/featured): Laman Youtube mereka memiliki 4,240 subscribers.

Maklumat Pasar Raya Giant

Giant Malaysia ialah sebuah rangkaian pasar raya dan pasar besar yang dimiliki oleh GCH Retail. Pasar raya ini menjual barangan runcit, makanan segar seperti daging, buah buahan dan sayur-sayuran serta barangan keperluan rumah. Selain dari itu, hampir semua pasar raya Giant turut menjual pakaian.

Waktu Operasi Pasar Raya Lain

Waktu operasi bagi kedai runcit, pasar raya (supermarket, hypermarket) dan kedai-kedai lain yang dibenarkan beroperasi adalah sama seperti fasa sebelum ini. Untuk mengetahui waktu operasi pasar raya berhampiran dengan rumah anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sila ke pautan berikut:

Waktu Operasi Pasar Raya Ketika PKP

Pasar raya yang dimuat naik maklumatnya di sini termasuklah Giant, Tesco, AEON Supermarket dan AEON Big.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 26 April 2020, PKP sudah memasuki peringkat akhir fasa ketiga dan bakal memasuki fasa keempat. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020
  • Fasa keempat: 29 April – 12 Mei 2020

PKP Fasa Keempat (4): Maklumat Penting Yang Anda Perlu Tahu

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu berkenaan PKP Fasa Keempat (4).

Dalam perutusan khas yang dibuat pada 23 April 2020, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan beberapa perkara. Antara perkara penting yang diumumkan ialah pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi, iaitu bermula pada 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020.

Kemas kini: PKP fasa keempat berakhir pada 3 Mei 2020. Mulai 4 Mei 2020 hingga 12 Mei 2020, PKP Bersyarat (PKPB) diperkenalkan.

Berikut dipaparkan beberapa perkara penting berkenaan PKP fasa keempat yang anda perlu tahu:

Pergerakan Pulang Pelajar Institut Pengajian Tinggi

Terdapat hampir 100,000 pelajar kini terkandas di pelbagai kampus institut pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara. Memandangkan mereka sudah lama berada di kampus masing-masing, kerajaan sedang merangka proses perjalanan untuk membawa mereka pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan portal pergerakan pulang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ke rumah masing-masing.

Portal tersebut boleh diakses di alamat https://iptpulang.malaysia.gov.my/kpt/. Kebenaran pulang ini perlu diisi sebelum jam 11:59 malam, 29 April 2020.

Kebenaran Pulang Ke Rumah Masing-masing

Rakyat Malaysia yang terkandas di kampung masing-masing atau mana-mana tempat lain ketika PKP fasa pertama mula dilaksanakan boleh membuat permohonan perjalanan sehala untuk pulang ke rumah masing-masing.

Cara Memohon Perjalanan Rentas Negeri Menggunakan Aplikasi Gerak Malaysia

  1. Mereka boleh membuat permohonan perjalanan merentas negeri (inter-state travel) melalui aplikasi mudah alih (mobile app) Gerak Malaysia bermula 26 April 2020.
  2. Kemudiannya, pada 29 April 2020, mereka perlu mengesahkan perjalanan mereka.
  3. Status permohonan akan diberikan bermula pada 1 Mei.
  4. Perjalanan hanya boleh dibuat dalam tempoh tiga hari sahaja, iaitu 1 Mei hingga 3 Mei 2020.
  5. Sesiapa yang tidak memiliki aplikasi Gerak Malaysia boleh menghantar permohonan bertulis untuk kebenaran perjalanan di mana-mana balai polis berdekatan. Walau bagaimanapun, prioriti akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

Baca lagi: Adakah Aplikasi Gerak Malaysia Selamat?

Terdapat beberapa peraturan tambahan di hentian Rehat & Rawat (R&R). Antaranya ialah pengguna tidak dibenarkan berada di luar kenderaan kecuali untuk menggunakan tandas. Medan selera juga tidak dibuka. Stesen minyak hanya akan dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Waktu Operasi Pasar Raya

Waktu operasi bagi kedai runcit, pasar raya (supermarket, hypermarket) dan kedai-kedai lain yang dibenarkan beroperasi adalah sama seperti fasa sebelum ini. Untuk mengetahui waktu operasi pasar raya berhampiran dengan rumah anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sila ke pautan berikut:

Waktu Operasi Pasar Raya Ketika PKP

Pasar raya yang dimuat naik maklumatnya di sini termasuklah Giant, Tesco, AEON Supermarket dan AEON Big.

Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi

Kerajaan juga mengumumkan terdapat beberapa sektor tambahan yang mungkin dibenarkan beroperasi sewaktu PKP fasa keempat ini.

Kerajaan masih dalam proses pertimbangan untuk memberikan kelonggaran ini dan keputusan akan dibuat setelah meneliti data terbaru berkenaan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Jadual Pengangkutan Awam

Berikut dipaparkan jadual pengangkutan awam bagi perkhidmatan-perkhidmatan RapidKL: Jadual RapidKL LRT, MRT dan KL Monorail Sepanjang Bulan Ramadan 1441H (2020)

Sumber

  1. MCO: Inter-state travel permits applicable via ‘Gerak Malaysia’ from tomorrow – Bernama, 25 April 2020
  2. Kementerian Pengajian Tinggi Melancarkan Portal Khas Untuk Pelajar IPT Memohon Pulang Ke Rumah – Effi Saharudin, Amanz, 28 April 2020

Waktu Operasi Pasar Raya Besar Tesco Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pasar raya ini akan tetap dibuka semasa tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi Pasar Raya Besar Tesco Semasa PKP / MCO.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pasar raya ini:

Kami ada berita baik. Nak beli barang di Tesco waktu PKP sekarang ni jadi lebih mudah. Jom guna perkhidmatan “Pesan & Ambil” terbaru kami, cuma perlu ikut langkah yang tertera. Senang je! Kalau nak lebih jimat, jom tengok katalog promosi kami di sini: http://bit.ly/TescoMYCatalogue

Laman Facebook Tesco Malaysia, 15 April 2020

Waktu Operasi Pasar Raya Besar Tesco Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pasar raya ini.

Waktu operasi Pasar Raya Besar Tesco di seluruh Malaysia tidak seragam dan berbeza-beza mengikut lokasi. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Waktu Operasi Tesco (PKP) Bermula 1 April 2020
Waktu Operasi Tesco (PKP) Bermula 1 April 2020

Maklumat Tambahan

Menyedari keperluan masyarakat yang berbeza semasa tempoh PKP ini, Tesco dengan pantasnya menawarkan bentuk perkhidmatan baharu iaitu Click and Collect.

Tesco Click and Collect
Tesco Click and Collect

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: 1300 13 1313 (Tesco Helpline)

Alamat e-mel: [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/TescoMY): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 1,056,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/tescomalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 50,400 pengikut dengan 633 kiriman (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/tescomalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 11,400 subscribers. Laman ini sudah lama bertapak di alam maya memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 7 April 2011.

Maklumat Pasar Raya Besar Tesco

Tesco Malaysia merupakan rangkaian pasar raya besar yang berasal daripada United Kingdom. Di Malaysia, antara pesaing yang mempunyai ruang kedai dan konsep yang hampir menyamai Tesco ialah AEON Big dan Giant.

Waktu Operasi Pasar Raya Lain

Waktu operasi bagi kedai runcit, pasar raya (supermarket, hypermarket) dan kedai-kedai lain yang dibenarkan beroperasi adalah sama seperti fasa sebelum ini. Untuk mengetahui waktu operasi pasar raya berhampiran dengan rumah anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sila ke pautan berikut:

Waktu Operasi Pasar Raya Ketika PKP

Pasar raya yang dimuat naik maklumatnya di sini termasuklah Giant, Tesco, AEON Supermarket dan AEON Big.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 26 April 2020, PKP sudah memasuki peringkat akhir fasa ketiga dan bakal memasuki fasa keempat. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020
  • Fasa keempat: 29 April – 12 Mei 2020

Waktu Operasi IOI Mall Puchong Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pusat beli belah ini akan ditutup sepanjang tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi IOI Mall Puchong semasa PKP.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pusat beli belah ini:

IOI Mall Puchong remains accessible to public in support of supermarket, pharmacies, convenience stores, ATMs and other essential services operators in serving the community.Scroll through our list of F&B outlets that offer delivery and takeaway services.

Laman Facebook IOI Mall Puchong
Senarai kedai yang dibuka di IOI Mall Puchong (PKP)
Senarai kedai yang dibuka di IOI Mall Puchong (PKP)

Waktu Operasi IOI Mall Puchong Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pusat beli belah ini. Pusat beli belah ini akan ditutup pada jam 8:00 malam sejajar dengan perintah kerajaan.

Maklumat Tambahan

Mesej dari IOI Properties:

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: +603-5882 8888

Alamat e-mel: [email protected]

Laman web: https://www.ioimp.com.my

Laman Facebook (https://web.facebook.com/IOIMall): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 25,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (tiada): Setakat April 2020, pusat beli belah ini tidak mempunyai laman Instagram.

Laman Youtube (tiada): Setakat April 2020, pusat beli belah ini tidak mempunyai laman YouTube.

Maklumat IOI Mall Puchong

IOI Mall Puchong ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia. Pusat beli belah ini terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Pusat beli belah ini jugak terletak berhampiran dengan pasar raya Tesco Puchong.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 23 April 2020, PKP sudah memasuki fasa ketiga. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020

Waktu Operasi Mid Valley Megamall Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pusat beli belah ini akan ditutup sepanjang tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi Mid Valley Megamall semasa PKP.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pusat beli belah ini:

Following the Prime Minister’s announcement regarding the extension to the Movement Control Order, the mall will remain accessible to the public in order to provide essential services to the community, such as pharmacies, supermarkets, F&B stores with delivery and takeaway services (no dine-in), bakeries, convenience stores, optical stores, money changers, banks, ATMs and other essential services until 28 April 2020.

We encourage all our shoppers to take care and stay safe. We remain dedicated to ensuring the cleanlinessand safety of all our patrons.

Management of Mid Valley Megamall
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) - Bahagian 1
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) – Bahagian 1
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) - Bahagian 2
Senarai kedai yang dibenarkan beroperasi di Mid Valley Megamall (PKP) – Bahagian 2

Waktu Operasi Mid Valley Megamall Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pusat beli belah ini. Semua kedai yang dibenarkan beroperasi akan ditutup pada jam 8:00 malam (sehingga PKP tamat).

Maklumat Tambahan

Pusat Darah Negara (PDN) dan St. John Ambulans Malaysia menganjurkan kempen derma darah di aras bawah (Ground Floor) pada 18 April 2020 hingga 28 April 2020, bermula dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

Aktiviti Derma Darah di Mid Valley Megamall (PKP)
Aktiviti Derma Darah di Mid Valley Megamall (PKP)

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: +(603) 2938 3333

Laman web (https://www.midvalley.com.my/contact/talk-to-us/): Pelanggan juga boleh menghubungi pihak pengurusan melalui pautan di laman web yang disediakan.

Alamat e-mel: tiada untuk khidmat pelanggan

Laman Facebook (https://web.facebook.com/mymidvalleymegamall): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 489,000 pengikut. Pengumuman dan maklumat juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/midvalleymegamall/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 9,500 pengikut dengan 317 kiriman setakat bulan April 2020.

Laman Youtube (tiada): Pusat beli belah ini tidak mempunyai laman YouTube.

Laman TripAdvisor: Mereka mempunyai laman Trip Advisor dengan 987 reviu. Rating yang diberikan ialah 4.0 daripada 5.0.

Maklumat Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Mid Valley City, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat beli belah ini dibuka pada 20 November 1999 (fasa pertama). Fasa kedua pula dibuka pada 26 September 2007. The Gardens Mall yang terletak bersebelahannya merupakan sebahagian daripada pembangunan fasa kedua pusat beli belah ini.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 23 April 2020, PKP sudah memasuki fasa ketiga. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020

Waktu Operasi NU Sentral Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pusat beli belah ini akan ditutup sepanjang tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi NU Sentral semasa PKP.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pusat beli belah ini:

Pengumuman Penutupan NU Sentral (PKP)
Pengumuman Penutupan NU Sentral (PKP)

Kedai-kedai yang tergolong dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services) dibenarkan beroperasi dengan tenaga kerja minimum dan langkah pencegahan yang perlu seperti penggunaan pembasmi kuman dan pelitup muka oleh para pekerja.

Senarai kedai yang dibuka di NU Sentral (PKP)
Senarai kedai yang dibuka di NU Sentral (PKP)

Waktu Operasi NU Sentral Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pusat beli belah ini.

Pengumuman Perubahan Waktu Operasi NU Sentral
Pengumuman Perubahan Waktu Operasi NU Sentral

Dengan perubahan waktu ini, pusat beli belah ini akan ditutup pada jam 8:00 malam.

Maklumat Tambahan

Berikut dipaparkan maklumat tambahan yang diperoleh daripada pihak pengurusan:

Maklumat parkir kereta di NU Sentral (PKP)
Maklumat parkir kereta di NU Sentral (PKP)

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: +603-2859 7177

Alamat e-mel: [email protected]

Laman web: https://www.nusentral.com/

Laman Facebook (https://www.facebook.com/nusentral/): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 119,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/nusentral): Laman Instagram mereka memiliki lebih 2,500 pengikut dengan 2,589 kiriman (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/nusentral): Laman YouTube mereka mempunyai 931 subscribers (April 2020). Laman ini sudah agak lama bertapak memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 16 Januari 2014.

Laman Twitter (https://twitter.com/nusentral): Laman Twitter mereka memiliki lebih 670 pengikut (April 2020). Laman ini dilihat sudah lama tidak dikemas kini kerana ciapan terakhir dibuat pada 21 Jun 2018.

Maklumat NU Sentral

NU Sentral ialah sebuah pusat beli belah yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pusat beli belah ini terletak bersebelahan hab pengangkutan KL Sentral dan mempunyai laluan terus untuk ke Stesen Monorel KL Sentral. Pusat beli belah ini dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 23 April 2020, PKP sudah memasuki fasa ketiga. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020

Waktu Operasi Alamanda Shopping Centre Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pusat beli belah ini akan ditutup sepanjang tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi Alamanda Shopping Centre semasa PKP.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pusat beli belah ini:

As part of our commitment to the recent announced Movement Control Order from 18 March until 28 April 2020, all stores in Alamanda Shopping Centre with the exception of essential stores will remain closed until such time as we receive advice that trading conditions will return to normal.

Customers can continue shopping for their essential items at the supermarkets, pharmacies and other essential services stores which will continue to open daily.

We want to assure that nothing is more important than the safety and security of our customers, retailers and team as we continue to closely monitor every situation within Alamanda Shopping Centre to provide the safest possible environment for everyone.

Thank you for your understanding and continued support.

We look forward to seeing you again.

The Management, Alamanda Shopping Centre

Waktu Operasi Alamanda Shopping Centre Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pusat beli belah ini.

List of outlets open for your convenience:
18 March – 28 April 2020

Outlet nameOperation hoursLevel
Aeon Big8am to 7pmLGF
myNEWS.com10am to 7pmLGF
Cold Storage9.30am to 7pmLGF
Watsons10am to 7pmLGF
Guardian10am to 7pmGF
NewsNow10am to 7pmLGF
Mailboxes Etc10am to 7pmLGF
Klinik MariaMon – Fri
9am to 5.30pm Saturday
10am to 5pm Sunday
closed
North Commercial Street
Klinik Mediviron8am to 6pmSouth Commercial Street
MaxisMon, Wed and Fri
10am to 4pm
GF
Senarai kedai dan waktu yang dibenarkan beroperasi di Alamanda

Maklumat Tambahan

Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang.

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: +603-8888 8882

Alamat e-mel: [email protected]

Laman Facebook (https://web.facebook.com/AlamandaShoppingCentre): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 120,000 pengikut. Pengumuman dan maklumat juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/alamandashoppingcentre): Laman Instagram mereka memiliki lebih 5,400 pengikut dengan 2,585 kiriman setakat bulan April 2020.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/channel/UCLOSuyvlAZN-zztFTKGMJOA): Laman YouTube Alamanda mempunyai 936 subscribers. Laman ini kelihatan agak baru memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 1 Jun 2018.

Maklumat Alamanda Shopping Centre

Alamanda Shopping Centre (Alamanda) ialah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya, Malaysia. Disiapkan pada tahun 2004, Alamanda ialah shopping mall pertama di Putrajaya. Shopping mall ini terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Reka bentuk Alamanda berbentuk huruf “Y” jika dilihat dari atas. Terdapat sebuah panggung wayang (Golden Screen Cinemas – GSC) di sini dengan 8 buah skrin untuk tayangan. Luas Alamanda ialah 95,980 meter persegi.