Video Warna Bandar New York Pada Tahun 1911

Bandar New York merupakan antara bandar yang utama di negara Amerika Syarikat. Walaupun pusat pentadbiran kerajaan mereka adalah di Washington D.C, bandar utama mereka ialah New York. Seperti di Malaysia, bandar utama kita ialah Kuala Lumpur manakala pusat pentadbiran kerajaan dalah di Putrajaya. Sebelum Washington D.C, New York menjadi pusat pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat apabila perlembagaan Amerika Syarikat diratifikasikan pada tahun 1788.

Populariti Bandar New York Dalam Kalangan Imigran

Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat

Pada awal abad ke-20, ramai orang dari luar Amerika Syarikat berhijrah ke negara berkenaan. Pelbagai masalah yang dialami di negara asal dan membawa hasrat ingin menjayakan “impian Amerika” atau “American dream” ialah antara sebab kenapa Amerika Syarikat dibanjiri oleh pendatang asing pada ketika itu.

Statue of Liberty yang terletak di Liberty Island ialah hadiah daripada rakyat Perancis atas usaha berdedikasi Amerika Syarikat untuk kebebasan dan demokrasi. Selain dari itu, ianya juga merupakan “welcoming symbol” untuk 14 juta imigran yang datang ke Amerika Syarikat melalui New York sehingga 1924.

Video Warna Bandar New York Pada Tahun 1911

Kami ingin berkongsi dengan anda sebuah video yang diedit semula untuk menambahkan warna dan resolusi. Cantik, sukar untuk anda mempercayai bahawa video ini dirakam lebih 100 tahun dahulu.

Jika anda berminat, anda boleh membuat bacaan lanjut di laman web History.com berkenaan sejarah bandar New York.