Untuk mendokong hasrat kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengambil beberapa langkah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terbeban dengan pola penggunaan internet baru mereka, terutamanya bagi yang terpaksa bekerja dari rumah (work from home). Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda senarai promosi dan diskaun untuk pengguna talian mudah alih.
Promosi dan Diskaun Untuk Pengguna Talian Mudah Alih
Ketika artikel ini mula-mula diterbitkan, Perintah Kawalan Pergerakan / Movement Control Order (MCO) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Pada 25 Mac 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020. Kami akan terus mengemas kini laman web ini untuk memaparkan maklumat baru untuk anda.
Celcom
Promosi dari pihak Celcom ini sah sehingga 14 April 2020.
Tip: Bookmark this post to keep yourself posted with more applications and services coming your way soon. Stay safe, Malaysians. 🇲🇾 pic.twitter.com/1etYfbX57N
— Celcom Axiata #StayIn (@Celcom) March 19, 2020
Semua pelanggan: Data percuma untuk melayari laman web Kementerian Kesihatan (KKM) dan panggilan percuma untuk Crisis Preparedness Response Centre & Movement Control Order Hotline.
Celcom Prepaid (Prabayar): Kuota data tanpa had bagi penggunaan WhatsApp dan aplikasi-aplikasi Microsoft Office 365 dari jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari. Pelanggan juga boleh membeli Ultra Hour Pass untuk 6 jam akses internet tanpa had pada harga RM 2.00 sahaja (tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan personal hotspot).
Celcom Postpaid (Pascabayar): Celcom memberikan kuota data tanpa had (unlimited) bagi penggunakan WhatsApp dan aplikasi-aplikasi Microsoft Office 365 daripada jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.
Maklumat lanjut: Laman web Celcom
Digi
Promosi dari pihak Digi ini sah dari dari 21 Mac 2020 hingga 14 April 2020.
As we #StayAtHome for our nation’s safety, we want to ensure all customers stay connected 💛 Starting 21st March, we are giving our subscribers FREE high-speed Internet. #DigiCares
Find out more here https://t.co/uRzEDfheeO pic.twitter.com/Vl1HvonWAx
— Digi (@digitelco) March 21, 2020
Digi Prepaid (Prabayar): [ Kemas kini 21 Mac 2020 ] Percuma 300 MB data dan 5 minit panggilan apabila anda menambah nilai antara RM 10.00 hingga RM 29.99 (tempoh sah: 3 hari). Percuma 1 GB data dan 15 minit panggilan apabila anda menambah nilai RM 30.00 ke atas (tempoh sah: 7 hari).
Digi Postpaid (Pascabayar): Digi memberikan kuota data tambahan sebanyak 1 GB setiap hari bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang untuk semua pelanggan pascabayarnya. Pelan Digi Infinite terkecuali daripada tawaran ini kerana pelan-pelan tersebut sudah datang dengan data tanpa had.
Maklumat lanjut: Laman web komuniti Digi
U-Mobile
Walau terpisah jarak, jangan rasa terasing sepanjang 2 minggu #StayAtHome ni. Kami beri 2 kali ganda data hotspot secara percuma untuk korang share dengan family atau kawan di rumah. Stay safe Malaysia!
Info lanjut: https://t.co/MTTmv2Upaf#UMobile #MadeForUnlimited pic.twitter.com/rQcTOFO2iO
— U Mobile (@umobile) March 19, 2020
Semua pelanggan: Tiada caj panggilan ke Hotline 03-8881 0200 / 03-8881 0600 / 03-8881 0700
U-Mobile Prepaid (Prabayar): U-Mobile memberikan 2 kali ganda (2x) data untuk hotspot (kini 6 GB) bagi pelan prabayar Giler Unlimited GX38. Anda juga boleh melanggan add-on Data Booster 5 untuk tambahan data 10 GB pada harga RM 5.00. Data tambahan ini boleh digunakan selama 14 hari untuk pelan prabayar Giler Unlimited GX38 dan GX30.
U-Mobile Postpaid (Pascabayar): U-Mobile memberikan 2 kali ganda (2x) kuota data untuk hotspot untuk pelan pascabayar Giler Unlimited GX68 dan GX50.
Maklumat lanjut: Laman web U-Mobile
Maxis
We’re proud of you, Malaysia, for showing admirable perseverance in these tough times; and we’d like to support you in facing current daily challenges. #StayHomeStayConnected pic.twitter.com/j6UxJw7W2u
— Maxis (@MaxisListens) March 22, 2020
Hotlink Prepaid (Prabayar): Percuma 20 GB data dengan setiap pembelian HotlinkMU dan 30% kredit cashback dengan tambah nilai secara digital. Penebusan internet percuma boleh dibuat menggunakan aplikasi Hotlink RED.
Maxis Postpaid (Pascabayar): Maxis memberikan kuota tambahan sebanyak 3 GB secara percuma untuk semua pelanggan pascabayarnya. Selain dari itu, penggunaan data adalah percuma bagi kegunaan Skype, Zoom dan Microsoft Teams. Promosi ini akan bermula pada 27 Mac 2020.
Maklumat lanjut: Laman web Maxis
Unifi Mobile
Kemas kini 25 Mac 2020: Unifi melalui laman Twitter mengumumkan promosi untuk pelanggan prabayar (prepaid) dan pascabayar (postpaid).
Hey everyone! We hope you’re doing good on day 7 of MCO, today!💪Aktiviti apa yang korang dah buat harini? 🤔 We hope that by now all of you dah aware about us giving out complimentary for all channels in unifi TV, pic.twitter.com/pZDRLxAkoG
— unifi (@unifi) March 24, 2020
Tune Talk
Percuma 20% kredit ekstra apabila anda menambah nilai (top up) melalui web dan aplikasi Tune Talk.
Maklumat lanjut: Laman web Tune Talk
Kemas kini 25 Mac 2020: Lanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/MCO)
Berikutan laporan kerajaan untuk lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat-syarikat telekomunikasi mungkin akan melanjutkan tempoh promosi ini. Kami akan mengemas kini laman web ini sekiranya terdapat maklumat lanjut.
Nota
Kami akan terus mengemas kini laman ini dengan maklumat terbaru daripada syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia.