Restoran RSMY, Danau Kota
Restoran RSMY ialah sebuah rangkaian restoran mamak yang berada di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Restoran ini agak popular dalam kalangan warga kota dengan naan cheesenya. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan anda apa yang menarik di Restoran RSMY, Danau Kota, Kuala Lumpur. Gambar diambil tanpa menggunakan sebarang peralatan tambahan. Apa yang anda nampak di sini, itulah yang akan anda lihat di restoran berkenaan.
Menu Popular di Restoran RSMY, Danau Kota: Cheese Naan
Tidak lengkap jika anda datang ke RSMY tanpa mencuba cheese naan yang istimewa di sini.
Untuk kepuasan ekstra, anda boleh memesan naan dengan cheese ekstra. Sememangnya rakyat Malaysia benar-benar gemar dengan cheese, membuatkan naan cheese menjadi antara menu yang popular di sini.
Gandingan hebat bersama naan cheese, kuah dhal menjadi pilihan kami.
Kuah ini perlu dipesan secara berasingan, dan ada bayarannya sendiri. Tidak percuma ya.
Selain daripada naan cheese, kami juga memesan nasi biryani ayam tandoori di sini. Rasanya bagaimana? Orang putih cakap, “nothing to shout about”.
Sebagai restoran yang menggunakan “house of real beriani“, nasi biryani di sini masih ada ruang untuk penambah baikan.
Beginilah rupa ayam tandoori yang dipesan itu. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan kebanyakan restoran mamak yang lain.
Air kosong di kedai ini didatangkan dalam gelas biasa, manakala air manis pula didatangkan dalam gelas besar, sama seperti gelas besar di restoran makanan segera KFC dan McDonald’s.
Keadaan dalam restoran di Danau Kota ini agak lengang pada waktu tengah hari di hujung minggu. Mungkin kerana pengunjung sudah berhenti mengunjungi kedai ini ataupun mereka terlalu sibuk dengan aktiviti hujung minggu masing-masing.
Yummy Cheese Naan merupakan antara menu popular di Restoran RSMY, Danau Kota.
Mendapat gelaran “AirAsia of Mamak” oleh sesetengah pengunjung, anda perlu memesan kuah sendiri sekiranya anda memesan cheese naan di sini. Kuah yang dipesan pula perlu dibayar, bukan sebahagian daripada menu ayam tandoori / biryani tersebut.
Harga minuman di sini agak mahal berbanding kedai-kedai lain. Walau bagaimanapun, saiz bekas minuman yang besar menyebabkan harga mahal berkenaan tidaklah terasa sangat.
Khidmat Pelanggan
Restoran RSMY wujud di dua platform media sosial, iaitu Facebook dan Instagram.
Facebook (https://web.facebook.com/rsmydk): Laman ini mempunyai 236 sukaan. Pengumuman dan berita penting akan ditulis di sini.