Pasar Malam
Apa itu pasar malam? Pasar malam ialah pasar sementara yang beroperasi dari petang hingga malam. Di Malaysia, pasar malam biasanya mula beroperasi dari sekitar jam 4 petang hingga kira-kira 10 malam.
Oleh kerana pasar malam ni bersifat sementara, barangan-barangan milik peniaga seperti khemah dan meja akan diangkut pulang selepas perniagaan. Maka, kebanyakan lokasi pasar malam juga adalah di kawasan lapang ataupun di jalan-jalan tertentu.
Pihak manakah yang menjadi penganjur pasar malam?
Pasar malam kebiasaannya dianjurkan oleh kerajaan tempatan (Seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah).
Senarai pasar malam yang wajib anda kunjungi
Pasar Malam Jalan TAR, Kuala Lumpur
Pasar Malam Pantai Dalam, Bangsar
Pasar Malam SS2, Petaling Jaya
Senarai pasar malam lengkap yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan masing-masing
Senarai pasar malam lengkap yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan masing-masing adalah seperti berikut:
MP Sepang
Pasar Malam Taman Murni Sepang
Pasar Malam Pekan Dengkil
Pasar Malam Pekan Salak
Pasar Malam Taman Mas
Pasar Malam Taman Seroja
Pasar Malam Taman Putra Perdana Jalan PP1A
Pasar Malam Sungai Pelek
Pasar Malam Kota Warisan
Pasar Malam Taman Dengkil Jaya
Pasar Malam Desa Pinggiran Putra