McDonald’s Smoky Beef Burger

Baru-baru ini, McDonald’s telah melancarkan dua jenis burger terbaharu, iaitu Hot N’ Crispy Chicken Burger dan Smoky Grilled Beef Burger. Oleh itu, kami telah berkunjung ke McDonald’s untuk merasai sendiri burger ini.

Harga kombo untuk burger, air berkarbonat dan kentang goreng bermula pada RM 14.95 (termasuk GST). Anda juga boleh “upgrade” untuk menikmati air berkarbonat dan kentang goreng bersaiz besar dengan RM 1.60 sahaja.

Burger ini dibungkus dalam kotak kertas yang berbeza. Pastinya berbeza, kerana harganya juga lebih mahal berbanding burger Big Mac.

Burger ini menggunakan kepingan daging yang agak besar, dipercayai kepingan daging yang sama untuk burger Big and Tasty yang pernah dijual sebelum ini.

Walau bagaimanapun, rasa unik pada burger ini ialah penggunaan sos Chipotle yang pedas dengan sedikit rasa masam dan manis yang pastinya mampu menarik minat para pengunjung.

Dengan harga kombo yang bermula pada RM 14.95, ianya sedikit mahal berbanding kombo-kombo lain di McDonald’s. Sebagai perbandingan, kombo 2 ketul Ayam Goreng McD hanya dijual pada RM 13.90.

Oleh itu, setelah merasai sendiri burger Smoky Grilled Beef ini, berikut merupakan dapatan reviu kami:

Cara Hidangan: 7/10

Rasa: 8/10

Harga: 5/10

Khidmat Pelanggan McDonald’s Malaysia

Laman web (https://www.mcdonalds.com.my/contact): Anda boleh menggunakan laman Contact mereka untuk memberi maklum balas perkhidmatan mereka ataupun bertanya sebarang soalan.

Facebook (https://www.facebook.com/my.mcdonalds): Laman Facebook McDonald’s memiliki lebih 80 juta pengikut.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 496,000 pengikut dengan 310 kiriman (Jun 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 341,000 subscribers. Saluran YouTube ini diwujudkan pada 12 April 2011 dan jumlah view mereka ialah 621,269,346 (Jun 2020).

Laman Twitter (https://twitter.com/McDMalaysia): Laman Twitter mereka mempunyai 194,000 pengikut.

Ada boleh menggunakan aplikasi mudah alih McDonald’s untuk mengisi maklum balas berkenaan produk atau perkhidmatan mereka. Setiap soal selidik yang diisi boleh ditebus dengan hadiah dalam aplikasi berkenaan, biasanya Frozen Coke atau Frozen Fanta.

Microsoft Office 2016 MacOS Versi 16.11.1 Sedia Dimuat Turun

Pada 19 Mac 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office 2016 MacOS di platform MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.11.1 (18031900).

Kemas Kini (Update) Microsoft Office 2016 MacOS Versi 16.11.1

Para pengguna Microsoft Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Menurut Microsoft, tiada fungsi (feature) baru dilancarkan dalam kemas kini kali ini. Dalam versi 16.11.1 ini, Microsoft menyelesaikan masalah yang dialami sesetengah pengguna apabila perisian Microsoft Office mereka menjadi tidak responsive apabila dilancarkan (when it is launched). Aplikasi Microsoft Office yang terlibat ialah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Microsoft AutoUpdate for Mac Versi 3.17.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 11 Mac 2018, Microsoft telah melancarkan Microsoft AutoUpdate versi 3.17.0 (18031100) untuk para pengguna Microsoft Office 365 MacOS.

Sekiranya anda ingin mengemas kini perisian Microsoft Office 365 MacOS anda, anda perlu mengemaskini perisian ini dahulu.

Para pengguna Office 365 boleh memuat turun kemas kini (update) ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office for Mac (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook). Tool ini didatangkan bersama-sama Microsoft Office 365 MacOS dalam komputer anda. Dengan tool ini, proses mengemas kini installation Microsoft Office anda menjadi lebih mudah. Tool ini akan menyemak versi baru di server Microsoft secara berkala.

Apa itu Microsoft AutoUpdate?

Microsoft AutoUpdate ialah perisian kecil dari Microsoft yang berfungsi untuk mendapatkan kemas kini (update) yang terbaru bagi produk Microsoft Office for Mac secara automatik. Dengan menggunakan Microsoft AutoUpdate, anda boleh memuat turun kemas kini dengan mudah dan selamat dari sumber Microsoft yang asli (genuine).

Maklumat lanjut: Artikel di laman web Microsoft

Microsoft Office 2016 MacOS Versi 16.11.0 Sedia Dimuat Turun

Pada 13 Mac 2018, Microsoft telah melancarkan kemas kini terbaru bagi perisian Microsoft Office 2016 MacOS. Kini, versi terbaharu bagi Microsoft Office di MacOS ialah Versi 16.11.0 (18031100).

Kemas Kini (Update) Microsoft Office 2016 MacOS Versi 16.11.0

Para pengguna Microsoft Office 365 boleh memuat turun update ini secara percuma melalui menu Help -> Check for Updates di mana-mana perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint dan Outlook).

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu Microsoft Office ini.

Laman Web MPSepang Berwajah Baharu

Hasil tinjauan kami sebentar tadi di laman web Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), kami teruja kerana laman web tersebut kelihatan baru dan segar, sesuai dengan keadaan masyarakat yang kini semakin bijak dalam mendapatkan maklumat daripada internet. Sehubungan dengan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar mengemas kini laman web mereka sejajar dengan kehendak rakyat.

Laman web MPSepang
Laman web MPSepang

Maklumat yang disediakan di Laman Web MPSepang

MPSepang membahagikan laman web nya kepada tiga bahagian, iaitu Informasi Korporat, Komuniti & Pelawat dan Perniagaan & Pelaburan. Pembahagian ini dilihat sesuai kerana kebiasaannya komuniti tempatan dan juga pelawat ada banyak persamaan dari segi maklumat yang ingin dicari. Contohnya, jika anda ingin membawa keluarga ke taman rekreasi, anda mungkin berada dalam kategori pelawat atau komuniti tempatan.

Antara maklumat yang ada ialah maklumat latar belakang korporat, perkhidmatan yang disediakan oleh MPSepang dan juga maklumat berkenaan kemudahan yang sediakan.

Hasil semakan kami pada 3 April 2020 mendapati kebanyakan daripada menu laman web ini tidak dapat diakses. Sekiranya mana-mana halaman berkenaan gagal diakses, anda boleh menekan butang refresh dan halaman tersebut akan dipaparkan seperti biasa.

Akses Mudah Alih

Namun begitu, hasil ujian kami menggunakan telefon pintar, kami mendapati laman web berkenaan kurang mesra peranti mudah alih (mobile devices). Masih ada lagi beberapa kecelaruan layout semasa kami menyemak layout dengan telefon pintar kami.

Walaupun berbanding dahulu MPSepang dah melakukan banyak penambah baikan untuk pengunjung dari peranti mudah alih, kami berharap agar unit Komunikasi Korporat dan IT teruskan berusaha untuk memastikan capaian dan pengalaman pengunjung terbaik untuk pengunjung laman web yang menggunakan peranti mudah alih.

Cadangan kami

Oleh itu, kami ingin mencadangkan kepada pihak MPSepang untuk menambah baik laman web mereka supaya sesuai untuk dilawati oleh pengguna peranti mudah alih. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan warganet sering mencari maklumat melalui telefon pintar masing-masing.

Bagi pengunjung yang ingin melihat susun atur dan reka bentuk baharu MPSepang, sila lawati laman web berkenaan sekarang di alamat http://www.mpsepang.gov.my/.