• Pelbagai

Johor

Pemandangan Tambak Johor Dari Johor Bahru, Januari 2015
Pemandangan Tambak Johor Dari Johor Bahru, Januari 2015

Johor merupakan negeri paling selatan dalam semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di bahagian utara dan negara Singapura di bahagian selatan.

Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negara maju seperti Singapura, limpahan pembangunan dan kegiatan ekonomi Singapura turut dirasakan oleh penduduk tempatan, terutamanya yang tinggal berhampiran dengan sempadan.

Maklumat Ringkas

  • Sultan: Sultan Ibrahim Ismail
  • Bandar Diraja: Muar
  • Menteri Besar: Datuk Ir Hasni Mohammad
  • Ibu negeri: Johor Bahru
  • Bilangan penduduk: 3,700,000 (2017)
  • Keluasan: 19,166 km persegi

Sejarah Negeri Johor

Negeri ini mula ditadbir secara bersistematik dan berdaulat sejak dari zaman Kesultanan Johor. Kesultanan Johor diasaskan oleh anakanda Sultan Mahmud Shah dari Melaka, iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1528. Ibu negeri yang pertama bagi negeri ini ialah Johor Lama yang terletak di daerah Kota Tinggi.

Kini, negeri ini memainkan peranan yang penting sebagai penghubung antara negara Malaysia dan Singapura. Pembangunan yang pesat di bahagian selatan menunjukkan betapa Malaysia dan Singapura saling bergantung antara satu sama lain. Dengan bilangan trafik yang semakin bertambah di Tambak Johor, kerajaan Malaysia dan Singapura perlu mencari penyelesaian yang baik untuk mengatasi masalah kesesakan di kawasan sempadan.

Tempat-tempat Menarik

Muzium Kota Johor Lama: Muzium ini mengandungi maklumat sejarah Johor Lama. Muzium ini dibina pada bulan Ogos 2004 dan siap pada Februari 2007. Kemudiannya, muzium ini dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2007.

Terminal dan stesen bas

Kebanyakan perkhidmatan bas ekspres ke Johor Bahru akan berhenti di Terminal Bas Larkin.

Stesen keretapi

Stesen Keretapi Bekok

Stesen Keretapi Chamek

JB Sentral

Stesen Keretapi Kempas Baru

Stesen Keretapi Kluang

Stesen Keretapi Kulai

Stesen Keretapi Layang-layang

Stesen Keretapi Paloh

Stesen Keretapi Rengam

Stesen Keretapi Segamat

Stesen Keretapi Labis

Lapangan Terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (JHB)

Lapangan terbang Antarabangsa Senai ini unik kerana tidak lagi dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sejak November 2003. Operator sekarang ialah Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd.

Lapangan terbang ini dibina pada tahun 1974 dan berupaya mengendalikan pesawat besar seperti Airbus A380 dan Antonov 125.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Majlis Bandaraya Johor Bahru
Jalan Dato’ Onn
Peti Surat 232
80720 J. Bahru
MBJB

2)
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Skudai
81300 J. Bahru
MBIP

3)
Majlis Perbandaran Batu Pahat
Jalan Pejabat
83000 BATU PAHAT
MPBP

4)
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan
Kluang
86000 Kluang
MPKLUANG

5)
Majlis Perbandaran Kulai
Jalan Pejabat Kerajaan
81000 KULAI
MPKULAI

6)
Majlis Perbandaran Muar
Karung Berkunci No. 516
84009 MUAR
MPMUAR

7) Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Sumber

  1. 53+ Tempat Menarik di Johor yang Popular & Wajib Pelancong Lawati – Cari Destinasi
  2. Senai Airport Hits 3 Million Passengers In 2017 – Senai Airport website

You may also like...