Mengenai kami (about us)

TEMPAT.my ialah sebuah laman web berbahasa Melayu yang menyediakan maklumat berkenaan tempat-tempat yang perlu diketahui oleh masyarakat umum. Kami memaparkan maklumat yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, terutamanya yang cintakan ilmu pengetahuan dan ingin mencari maklumat yang dapat membantu mereka. Berikut kami paparkan sedikit maklumat mengenai kami.

Visi

Menjadi tempat rujukan utama dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tempat dan juga perkhidmatan berkaitan kerajaan tempatan menjelang tahun 2025.

Misi

Menyediakan maklumat yang tepat dan padat untuk rujukan pengguna.

Objektif

  1. Menyenaraikan jadual pasar malam / sehari bagi setiap kerajaan tempatan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
  2. Menyenaraikan jadual kutipan sisa pepejal bagi setiap kerajaan tempatan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  3. Menyenaraikan maklumat pembayaran saman bagi setiap kerajaan tempatan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  4. Memuatkan cerita-cerita berfaedah dan menarik daripada orang ramai untuk dikongsi bersama
  5. Memuatkan panduan penting untuk orang ramai seperti pusat beli belah, restoran dan perkhidmatan penghantaran makanan.

Sejarah

TEMPAT.my bermula dengan sebulah laman web yang dikenali dengan nama PBTku Pada 19 Mac 2020, laman PBTku dipindahkan ke DX sebagai langkah untuk menyatukan bahan bacaan berbahasa Melayu yang bermutu.

Susulan penstrukturan semula, laman ini sekali lagi berpindah alamat ke TEMPAT.my bermula pada 9 Disember 2020.

Oleh kerana sudah banyak laman web lain yang menyediakan kandungan bersifat berita atau perkara-perkara tular, kami ingin menyediakan kandungan yang menyasarkan golongan pengguna. Kami percaya dengan penulisan kandungan mengenai kehidupan dan panduan pengguna kami, para pengunjung akan mendapat manfaatnya apabila melayari laman ini.

Untuk maklumat sektor pengangkutan, anda boleh melawat LANDASAN.

Pasar DX ialah laman web yang menempatkan maklumat berkenaan pasar malam, pasar tani dan pasar pagi untuk rujukan para pelancong dan rakyat Malaysia. Laman web ini diwujudkan sebagai sumber rujukan yang tepat dan dipercayai untuk para pelancong dan rakyat Malaysia.

Tiada maklumat pasar di tempat anda?

Jika anda melayari laman web Pasar DX dan mendapati halaman pasar yang anda cari tidak mempunyai maklumat yang cukup, sila hantarkan gambar anda dengan laman Hubungi kami / Contact us. Pihak kami akan menghubungi anda bagi proses penghantaran maklumat. Anda perlu memberi kebenaran bahawa maklumat anda akan dipaparkan di laman ini atau mana-mana laman web lain yang kami rasa bersesuaian.

Tiada gambar pasar di tempat anda?

Jika anda melayari laman web Pasar DX dan mendapati halaman pasar yang anda cari tidak mempunyai gambar, sila hantarkan gambar anda dengan laman Hubungi kami / Contact us. Pihak kami akan menghubungi anda bagi proses penghantaran gambar. Anda perlu memberi kebenaran bahawa gambar anda akan dipaparkan di laman ini atau mana-mana laman web lain yang kami rasa bersesuaian.

Sejarah

Pada 12 Januari 2020, laman Pasar DX telah dibuka untuk akses semua.

30 Januari 2020 menyaksikan laman pertama maklumat pasar malam kami, Pasar Malam Cameron Highlands, disiarkan untuk rujukan para pelawat.

Pautan Berkaitan

Hubungi kami / Contact us

Penafian / Disclaimer

Polisi Privasi / Privacy Policy

Terma dan Syarat / Terms and Conditions