Solat Jumaat Edisi PKPB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Masjid yang juga dikenali dengan nama Masjid Besi ini merupakan antara ikon popular di Putrajaya. Masjid ini menjadi pilihan penduduk Putrajaya yang ingin mengerjakan solat berjemaah selain daripada Masjid Putra yang terletak lebih hampir dengan kompleks pentadbiran Perdana Putra.

Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), umat Islam di kebanyakan tempat diberikan kelonggaran untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di masjid. Kapasiti jemaah pula tertakluk kepada keluasan masjid, asalkan tidak wujud kesesakan sehingga penjarakan sosial sukar dilaksanakan.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Jemaah Sedang Beratur di Luar (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur di Luar (1 Januari 2020)

Kami telah berkesempatan berkunjung ke masjid ini untuk menunaikan solat fardu Jumaat baru-baru ini. Cuba nasib kerana masjid lain yang memerlukan pendaftaran lebih awal sudah penuh.

Kami mencari-cari maklumat berkenaan pendaftaran jemaah sebelum datang ke sini. Namun begitu, tiada maklumat berkenaan pendaftaran lebih awal. Jadi, kami beranggapan bahawa jemaah boleh datang secara walk-in di sini. Di sesetengah masjid, para jemaah dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebelum boleh datang untuk bersolat.

Namun begitu, Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya ini kelihatannya tidak mempunyai sistem pendaftaran lebih awal. Penyediaan tempat solat adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”. Untuk tempat bersolat yang terjamin, anda disyorkan untuk tiba di masjid sekitar 15 minit sebelum masuknya waktu Zohor.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Jemaah Sedang Beratur (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur (1 Januari 2020)

Barisan ketika beratur agak panjang. Semasa beratur, penjarakan sosial dan pematuhan SOP dipantau oleh beberapa pegawai polis yang ditugaskan di sini.

Apabila anda menghampiri pintu masuk masjid, pegawai masjid akan mengedarkan plastik untuk anda menyimpan kasut/selipar anda. Kasut/selipar ini kemudiannya boleh dibawa bersama masuk ke masjid.

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Penjarakan Sosial (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Penjarakan Sosial (1 Januari 2020)

Penjarakan sosial diamalkan dengan baik di masjid ini. Para jemaah kelihatan rata-ratanya berdisiplin dan anda pastinya akan berasa selamat selama berada di kawasan masjid ini.

Pro tip: Sekiranya wuduk anda terbatal, pihak masjid masih bertimbang rasa. Anda dibenarkan untuk berwuduk semula di tempat wuduk yang disediakan. Penting untuk anda menjaga wuduk bagi mengelakkan kesesakan di tempat wuduk.

Kami mengesyorkan anda untuk sentiasa mendapatkan khabar terbaru dan maklumat tepat dari sumber di laman web rasmi dan laman Facebook Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Cara Daftar Akaun Wahed Invest

Apabila ada wang lebihan dalam simpanan, pastinya kita terfikir di mana harus kita simpan wang tersebut. Antara kaedah simpanan yang popular ialah pelaburan dalam dana patuh syariah. Cara yang mudah dan selamat untuk anda membuat pelaburan dana patuh syariah di Malaysia ialah melalui aplikasi Wahed Invest. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara daftar akaun Wahed Invest.

0 - Muat turun aplikasi
0 – Muat turun aplikasi

Langkah pertama, muat turun aplikasi Wahed Invest. Aplikasi ini boleh didapati di iOS App Store ataupun Google Play Store.

4 - Pendaftaran - Kod Pengesahan
4 – Pendaftaran – Kod Pengesahan

Semasa pendaftaran, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat-maklumat asas. Antara maklumat yang penting dan tepat yang perlu anda ada ialah alamat e-mel dan nombor telefon.

Anda kemudiannya akan menjawab beberapa soalan untuk mengetahui risk appetite anda. Sebaiknya, jawab soalan ini sejujurnya.

7 - Pemilihan Portfolio - Risiko
7 – Pemilihan Portfolio – Risiko

Portfolio yang lebih berisiko biasanya menjanjikan kadar pulangan yang lebih besar. Namun begitu, kadar pulangan yang lebih besar ini tidak semestinya sentiasa berlaku. Oleh itu, kami menasihatkan agar anda memilih risiko yang sesuai dengan kedudukan kewangan dan matlamat pelaburan anda.

8 - Pelaburan emas
8 – Pelaburan emas

Anda juga boleh memilih sama ada ingin melabur sebahagian daripada wang anda untuk pelaburan emas ataupun tidak.

9 - Portfolio Cadangan
9 – Portfolio Cadangan

Apabila anda selesai menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, Wahed Invest akan memberi cadangan portfolio berdasarkan jawapan-jawapan yang anda berikan. Anda boleh memilih tahap risiko sendiri mengikut selera anda jika anda tidak bersetuju dengan cadangan mereka.

11 - Kod Pengesahan Telefon
11 – Kod Pengesahan Telefon

Selain daripada keperluan mengesahkan alamat e-emel, anda juga perlu mengesahkan nombor telefon.

Cara Daftar Akaun Wahed Invest dengan Referral

Selesai pendaftaran, jangan lupa untuk masukkan kod “tenten76” untuk mendapatkan bonus pelaburan anda.

12 - Kod Referral
12 – Kod Referral
13 - Maklumat Pelaburan
13 – Maklumat Pelaburan

Maklumat pelaburan yang dipaparkan turut mengandungi yuran yang akan dibayar kepada Wahed Invest (syarikat pelabur). Dengan yuran pengurusan dana yang murah dan pelaburan yang mudah berlandaskan undang-undang Malaysia, ada baiknya kalau anda cuba melabur dengan Wahed.

16 - Deposit wang - Pengesahan bank
16 – Deposit wang – Pengesahan bank

Proses pengesahan akaun memerlukan anda untuk mengambil gambar kad pengenalan / lesen memandu anda. Selain daripada itu, anda juga mungkin perlu mengambil gambar selfie berserta kad pengenalan / lesen memandu anda.

Apabila proses memasukkan wang selesai, anda perlu menunggu selama beberapa hari bekerja untuk urusan kemasukan wang.

17 - Pemprosesan
17 – Pemprosesan

Jangan lupa masukkan referral code untuk mendapat BONUS sebanyak RM 10 PERCUMA dalam akaun anda. Syaratnya ialah mengekalkan baki minima RM 100 selama sebulan dalam akaun Wahed Invest anda.

Kenapa Perlu Melabur dalam Wahed Invest?

Selain daripada cara daftar, kami juga ingin berkongsi dengan anda kenapa Wahed Invest ialah salah satu pilihan baik untuk melabur.

  1. Patuh syariah: Antara aplikasi mudah alih pelaburan yang patuh syariah di dunia.
  2. Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: Urus niaga dan pengurusan wang anda dilaksanakan mengikut lunas undang-undang Malaysia.
  3. Tahap risiko boleh dipilih: Pilih tahap risiko sendiri semasa pendaftaran
  4. Kos kemasukan yang rendah: Unit trust biasanya mengenakan yuran yang agak tinggi apabila anda ingin membelinya. Yuran Wahed Invest pula dilihat sebagai lebih rendah.

Sumber

  1. Wahed Invest Malaysia, Good, Ok2, Bad? – Lowyat Forum

e-Tunai Rakyat – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Dalam Belanjawan 2020, Menteri Kewangan mengumumkan bahawa sejumlah wang diperuntukkan untuk menggalakkan penggunaan e-wallet dalam kalangan rakyat Malaysia. Inisiatif ini juga dikenali dengan nama e-Tunai Rakyat.

Sejumlah RM 450 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program ini. Seramai 15 juta penduduk Malaysia disasarkan sebagai penerima insentif e-wallet ini. Pihak kerajaan menyasarkan penggunakan e-wallet yang lebih tinggi kerana transaksi seperti ini lebih selamat, cepat dan mudah dilaksanakan.

e-Wallet mempunyai beberapa kegunaan, antaranya boleh digunakan untuk pembayaran di restoran dan perkhidmatan penghantaran makanan. Sebagai contoh, KFC menerima bayaran melalui Touch N Go eWallet dan penghantaran GrabFood menerima bayaran melalui GrabPay.

Setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon sebanyak RM 30.00 nilai untuk dikreditkan ke dalam akaun e-wallet mereka. Untuk mengisi rasa ingin tahu anda, kami ingin berkongsi beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan pelaksanaan program e-wallet ini.

Apakah Syarat Kelayakan e-Tunai Rakyat?

Kelayakannya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020
  3. Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM 100,000.00

Tempoh masa menuntut e-Tunai Rakyat

e-Tunai Rakyat sebanyak RM 30.00 ini boleh dituntut bermula daripada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Penyedia e-wallet e-Tunai Rakyat

Program e-Tunai Rakyat ini dilaksanakan dengan kerjasama tiga penyedia perkhidmatan e-wallet terkemuka di Malaysia, iaitu Touch ‘N Go eWallet, Boost dan GrabPay. Para penyedia perkhidmatan e-Wallet juga berlumba-lumba menyediakan tawaran menarik untuk para pengguna menuntut insentif ini melalui platform mereka.

Pendaftaran dan Pengesahan Identiti Touch ‘N Go e-Wallet

Setelah anda mendaftar akaun Touch ‘N Go eWallet (rujuk pautan di atas), anda perlu mengesahkan identiti anda. Pengesahan identiti ini bertujuan untuk memastikan anda adalah entiti sebenar berdasarkan maklumat kad pengenalan yang dihantar kepada Touch ‘N Go.

Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar sendiri menggunakan aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Selain daripada pengecaman wajah, anda juga perlu mengambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda. Rujuk mobile app Touch ‘N Go anda untuk maklumat pengesahan identiti.

Sumber: RinggitPlus