Solat Jumaat Edisi PKPB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Masjid yang juga dikenali dengan nama Masjid Besi ini merupakan antara ikon popular di Putrajaya. Masjid ini menjadi pilihan penduduk Putrajaya yang ingin mengerjakan solat berjemaah selain daripada Masjid Putra yang terletak lebih hampir dengan kompleks pentadbiran Perdana Putra.

Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), umat Islam di kebanyakan tempat diberikan kelonggaran untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di masjid. Kapasiti jemaah pula tertakluk kepada keluasan masjid, asalkan tidak wujud kesesakan sehingga penjarakan sosial sukar dilaksanakan.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur di Luar (1 Januari 2020)

Kami telah berkesempatan berkunjung ke masjid ini untuk menunaikan solat fardu Jumaat baru-baru ini. Cuba nasib kerana masjid lain yang memerlukan pendaftaran lebih awal sudah penuh.

Kami mencari-cari maklumat berkenaan pendaftaran jemaah sebelum datang ke sini. Namun begitu, tiada maklumat berkenaan pendaftaran lebih awal. Jadi, kami beranggapan bahawa jemaah boleh datang secara walk-in di sini. Di sesetengah masjid, para jemaah dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebelum boleh datang untuk bersolat.

Namun begitu, Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya ini kelihatannya tidak mempunyai sistem pendaftaran lebih awal. Penyediaan tempat solat adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”. Untuk tempat bersolat yang terjamin, anda disyorkan untuk tiba di masjid sekitar 15 minit sebelum masuknya waktu Zohor.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur (1 Januari 2020)

Barisan ketika beratur agak panjang. Semasa beratur, penjarakan sosial dan pematuhan SOP dipantau oleh beberapa pegawai polis yang ditugaskan di sini.

Apabila anda menghampiri pintu masuk masjid, pegawai masjid akan mengedarkan plastik untuk anda menyimpan kasut/selipar anda. Kasut/selipar ini kemudiannya boleh dibawa bersama masuk ke masjid.

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Penjarakan Sosial (1 Januari 2020)

Penjarakan sosial diamalkan dengan baik di masjid ini. Para jemaah kelihatan rata-ratanya berdisiplin dan anda pastinya akan berasa selamat selama berada di kawasan masjid ini.

Pro tip: Sekiranya wuduk anda terbatal, pihak masjid masih bertimbang rasa. Anda dibenarkan untuk berwuduk semula di tempat wuduk yang disediakan. Penting untuk anda menjaga wuduk bagi mengelakkan kesesakan di tempat wuduk.

Kami mengesyorkan anda untuk sentiasa mendapatkan khabar terbaru dan maklumat tepat dari sumber di laman web rasmi dan laman Facebook Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nasi Lemak McD Ayam Rendang

Penggemar makanan segera McDonald’s di Malaysia pasti sudah mengetahui bahawa McDonald’s kini menambah beberapa menu tambahan dalam pilihan Nasi Lemak McD mereka. Seperti penawaran sebelum ini, Nasi Lemak McD masih lagi didatangkan dengan sambal, ikan bilik, telur mata dan Teh Ais Lemon. Yang tampak baharu pada penawaran menu kali ini ialah GCB cutlet, Spicy Chicken McDeluxe cutlet dan AYAM RENDANG. Nasi Lemak McD Ayam Rendang ini terdapat dalam kombo seketul ayam ataupun dua ketul ayam.

Sistem Pesanan Layan Diri McD

Selain daripada memesan di kaunter, anda juga boleh membuat pesanan menggunakan kiosk layan di McD di kebanyakan restoran McDonald’s seluruh Malaysia.

Hand sanitiser diletakkan di setiap kiosk untuk memudahkan pengguna menyahkuman tangan masing-masing sebelum dan selepas membuat pesanan di mesin tersebut.

Beg Kertas McD

Walaupun anda makan di restoran, anda tetap akan diberikan beg kertas. Mungkin kerana pihak pengurusan McDonald’s mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menyekat penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelanggannya.

Selain daripada itu, McDonald’s juga tidak lagi menyediakan piring sos, sudu dan lada di tempat layan diri. Tujuannya ialah untuk mengurangkan sentuhan fizikal antara pelanggan. Jika anda ingin mendapatkan item yang dinyatakan, anda boleh meminta kepada pelayan di kaunter pengambilan makanan.

Nasi Lemak McD Ayam Rendang: Cukup bahan, enak rasanya

Izinkan kami “belanja” anda dengan gambar sebenar hidangan nasi lemak McD ini. Sama ada anda dine-in atau take away, beginilah Nasi Lemak McD anda akan dihidangkan.

Nasi Lemak McD Ayam Rendang

Inilah dia Nasi Lemak McD Ayam Rendang! Diadunkan dengan ramuan-ramuan enak seperti nasi, sambal, timun, ikan bilis, telur mata dan AYAM RENDANG. Elok persembahan hidangannya, tidak mengecewakan. Saiz ketulan ayam yang diberi juga kelihatan sama seperti gambar cadangan hidangan dalam iklan McDonald’s di media sosial ataupun media massa.

Tidak seperti nasi lemak biasa yang anda dapati pada harga yang lebih murah, beras yang digunakan McDonald’s ini agak berkualiti kerana butir nasinya sebiji-sebiji. Rasa nasi lemak ini mengingatkan kami dengan Nasi Lemak Pak Nasser dalam penerbangan AirAsia, namun sambal nasi lemak ini lebih terasa “kick”nya.

Untuk cubaan kali ini, kami memilih gandingan nasi lemak bersama ayam rendang kerana ayam rendang merupakan menu baharu yang ditawarkan oleh McDonald’s, manakala cutlet Spicy Chicken McDeluxe dan GCB sudah pun ditawarkan bersama burger masing-masing.

Tunggu apa lagi? Kini, anda boleh mendapatkan Nasi Lemak McD terbaharu ini di mana-mana cawangan McDonald’s berdekatan anda. Besar kemungkinan, menu ini hanya bersifat bermusim (seasonal).

Khidmat Pelanggan

Laman web (https://www.mcdonalds.com.my/contact): Anda boleh menggunakan laman Contact mereka untuk memberi maklum balas perkhidmatan mereka ataupun bertanya sebarang soalan.

Facebook (https://www.facebook.com/my.mcdonalds): Laman Facebook McDonald’s memiliki lebih 80 juta pengikut.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 496,000 pengikut dengan 310 kiriman (Jun 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 341,000 subscribers. Saluran YouTube ini diwujudkan pada 12 April 2011 dan jumlah view mereka ialah 621,269,346 (Jun 2020).

Laman Twitter (https://twitter.com/McDMalaysia): Laman Twitter mereka mempunyai 194,000 pengikut.

Cara Daftar Akaun Wahed Invest

Apabila ada wang lebihan dalam simpanan, pastinya kita terfikir di mana harus kita simpan wang tersebut. Antara kaedah simpanan yang popular ialah pelaburan dalam dana patuh syariah. Cara yang mudah dan selamat untuk anda membuat pelaburan dana patuh syariah di Malaysia ialah melalui aplikasi Wahed Invest. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara daftar akaun Wahed Invest.

0 – Muat turun aplikasi

Langkah pertama, muat turun aplikasi Wahed Invest. Aplikasi ini boleh didapati di iOS App Store ataupun Google Play Store.

4 – Pendaftaran – Kod Pengesahan

Semasa pendaftaran, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat-maklumat asas. Antara maklumat yang penting dan tepat yang perlu anda ada ialah alamat e-mel dan nombor telefon.

Anda kemudiannya akan menjawab beberapa soalan untuk mengetahui risk appetite anda. Sebaiknya, jawab soalan ini sejujurnya.

7 – Pemilihan Portfolio – Risiko

Portfolio yang lebih berisiko biasanya menjanjikan kadar pulangan yang lebih besar. Namun begitu, kadar pulangan yang lebih besar ini tidak semestinya sentiasa berlaku. Oleh itu, kami menasihatkan agar anda memilih risiko yang sesuai dengan kedudukan kewangan dan matlamat pelaburan anda.

8 – Pelaburan emas

Anda juga boleh memilih sama ada ingin melabur sebahagian daripada wang anda untuk pelaburan emas ataupun tidak.

9 – Portfolio Cadangan

Apabila anda selesai menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, Wahed Invest akan memberi cadangan portfolio berdasarkan jawapan-jawapan yang anda berikan. Anda boleh memilih tahap risiko sendiri mengikut selera anda jika anda tidak bersetuju dengan cadangan mereka.

11 – Kod Pengesahan Telefon

Selain daripada keperluan mengesahkan alamat e-emel, anda juga perlu mengesahkan nombor telefon.

Cara Daftar Akaun Wahed Invest dengan Referral

Selesai pendaftaran, jangan lupa untuk masukkan kod “tenten76” untuk mendapatkan bonus pelaburan anda.

12 – Kod Referral
13 – Maklumat Pelaburan

Maklumat pelaburan yang dipaparkan turut mengandungi yuran yang akan dibayar kepada Wahed Invest (syarikat pelabur). Dengan yuran pengurusan dana yang murah dan pelaburan yang mudah berlandaskan undang-undang Malaysia, ada baiknya kalau anda cuba melabur dengan Wahed.

16 – Deposit wang – Pengesahan bank

Proses pengesahan akaun memerlukan anda untuk mengambil gambar kad pengenalan / lesen memandu anda. Selain daripada itu, anda juga mungkin perlu mengambil gambar selfie berserta kad pengenalan / lesen memandu anda.

Apabila proses memasukkan wang selesai, anda perlu menunggu selama beberapa hari bekerja untuk urusan kemasukan wang.

17 – Pemprosesan

Jangan lupa masukkan referral code untuk mendapat BONUS sebanyak RM 10 PERCUMA dalam akaun anda. Syaratnya ialah mengekalkan baki minima RM 100 selama sebulan dalam akaun Wahed Invest anda.

Kenapa Perlu Melabur dalam Wahed Invest?

Selain daripada cara daftar, kami juga ingin berkongsi dengan anda kenapa Wahed Invest ialah salah satu pilihan baik untuk melabur.

  1. Patuh syariah: Antara aplikasi mudah alih pelaburan yang patuh syariah di dunia.
  2. Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: Urus niaga dan pengurusan wang anda dilaksanakan mengikut lunas undang-undang Malaysia.
  3. Tahap risiko boleh dipilih: Pilih tahap risiko sendiri semasa pendaftaran
  4. Kos kemasukan yang rendah: Unit trust biasanya mengenakan yuran yang agak tinggi apabila anda ingin membelinya. Yuran Wahed Invest pula dilihat sebagai lebih rendah.

Sumber

  1. Wahed Invest Malaysia, Good, Ok2, Bad? – Lowyat Forum

Restoran RSMY, Danau Kota

Restoran RSMY ialah sebuah rangkaian restoran mamak yang berada di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Restoran ini agak popular dalam kalangan warga kota dengan naan cheesenya. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan anda apa yang menarik di Restoran RSMY, Danau Kota, Kuala Lumpur. Gambar diambil tanpa menggunakan sebarang peralatan tambahan. Apa yang anda nampak di sini, itulah yang akan anda lihat di restoran berkenaan.

Menu Popular di Restoran RSMY, Danau Kota: Cheese Naan

RSMY Danau Kota – Cheese Naan

Tidak lengkap jika anda datang ke RSMY tanpa mencuba cheese naan yang istimewa di sini.

Untuk kepuasan ekstra, anda boleh memesan naan dengan cheese ekstra. Sememangnya rakyat Malaysia benar-benar gemar dengan cheese, membuatkan naan cheese menjadi antara menu yang popular di sini.

RSMY Danau Kota – Kuah Dhal

Gandingan hebat bersama naan cheese, kuah dhal menjadi pilihan kami.

Kuah ini perlu dipesan secara berasingan, dan ada bayarannya sendiri. Tidak percuma ya.

RSMY Danau Kota – Nasi Biryani Ayam Tandoori

Selain daripada naan cheese, kami juga memesan nasi biryani ayam tandoori di sini. Rasanya bagaimana? Orang putih cakap, “nothing to shout about”.

Sebagai restoran yang menggunakan “house of real beriani“, nasi biryani di sini masih ada ruang untuk penambah baikan.

RSMY Danau Kota – Ayam Tandoori

Beginilah rupa ayam tandoori yang dipesan itu. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan kebanyakan restoran mamak yang lain.

RSMY Danau Kota – Teh O Ais Limau dan Air Kosong

Air kosong di kedai ini didatangkan dalam gelas biasa, manakala air manis pula didatangkan dalam gelas besar, sama seperti gelas besar di restoran makanan segera KFC dan McDonald’s.

RSMY Danau Kota – Dalam Restoran

Keadaan dalam restoran di Danau Kota ini agak lengang pada waktu tengah hari di hujung minggu. Mungkin kerana pengunjung sudah berhenti mengunjungi kedai ini ataupun mereka terlalu sibuk dengan aktiviti hujung minggu masing-masing.

RSMY Danau Kota – Yummy Cheese Naan

Yummy Cheese Naan merupakan antara menu popular di Restoran RSMY, Danau Kota.

RSMY Danau Kota – Menu (Makanan)

Mendapat gelaran “AirAsia of Mamak” oleh sesetengah pengunjung, anda perlu memesan kuah sendiri sekiranya anda memesan cheese naan di sini. Kuah yang dipesan pula perlu dibayar, bukan sebahagian daripada menu ayam tandoori / biryani tersebut.

RSMY Danau Kota – Menu (Minuman)

Harga minuman di sini agak mahal berbanding kedai-kedai lain. Walau bagaimanapun, saiz bekas minuman yang besar menyebabkan harga mahal berkenaan tidaklah terasa sangat.

Khidmat Pelanggan

Restoran RSMY wujud di dua platform media sosial, iaitu Facebook dan Instagram.

Facebook (https://web.facebook.com/rsmydk): Laman ini mempunyai 236 sukaan. Pengumuman dan berita penting akan ditulis di sini.

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19

Wabak penyakit Coronavirus atau juga dikenali dengan nama COVID-19 ialah satu pandemik yang melanda kebanyakan lokasi di seluruh dunia. Lebih separuh daripada penduduk seluruh dunia terpaksa berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan, berkurung atau seumpamanya selama tempoh beberapa bulan. Kesan jangka pendek wabak ini dapat dirasai sekarang. Namun begitu, kesan jangka panjang Coronavirus COVID-19 ini sukar diramal. Dalam artikel ini, kami akan cuba mengupas kesan jangka panjang COVID-19 ini terhadap kita.

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 – Politik

Pilihan raya

Kerajaan perlu memperhalusi prosedur operasi piawai (Standard Operating Procedure – SOP) semasa proses pilihan raya.

Majlis-majlis Kerajaan

Untuk jangka masa pendek, majlis keraian atau rasmi kerajaan yang melibatkan ramai orang akan ditangguhkan atau dibatalkan.

Mesyuarat / persidangan kerajaan

Sidang Parlimen perlu diadakan bagi mematuhi peraturan Parlimen. Persidangan diadakan dengan penjarakan sosial. Kebanayak mesyuarat kerajaan yang lain pula diadakan secara maya (virtual).

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 -Ekonomi

Peningkatan kos operasi perniagaan

Peniaga terpaksa membeli keperluan tambahan seperti pelitup muka (face mask), pembasmi kuman dan memastikan semua pekerja mematuhi Prosedur Operasi Piawai / Standard Operating Procedure (SOP) yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Prestasi Perniagaan Susut

Langkah pencegahan COVID-19 yang diambil boleh menyebabkan prestasi perniagaan susut. Sebagai contoh, jika sesebuah kedai bergantung kepada jumlah pengunjung yang banyak, akibat peraturan untuk penjarakan sosial ini, kedai berkenaan terpaksa menerima masuk jumlah pengunjung yang berkurang berbanding sebelum tularnya wabak penyakit ini.

Kesan Jangka Panjang Coronavirus COVID-19 -Sosial

Peningkatan perniagaan secara online (atas talian)

Dengan norma baharu ini, pelbagai jenis perniagaan mula ditawarkan secara online. Walaupun penggunaan perkhidmatan online ini bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan lebih ramai peniaga dan pembeli memanfaatkan platform online untuk tujuan jual beli.

Pendidikan

Sebahagian besar komuniti pelajar akan meneruskan sesi pembelajaran mereka secara online.

Ikatan Kekeluargaan

Pasangan suami isteri dan juga anak-anak menghabiskan lebih banyak masa bersama. Masa yang diluangkan bersama dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berkualiti untuk membina hubungan kekeluargaan yang lebih utuh.

Walau bagaimanapun, terdapat kerisauan dalam kalangan masyarakat berkenaan meningkatnya kes penderaan dan keganasan rumah tangga, terutamanya dalam tempoh PKP ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation / WHO) menerbitkan panduan untuk menghadapi tekanan semasa pandemik COVID-19 ini.

Fenomena Work From Home

Dengan risiko tinggi jangkitan COVID-19 di luar rumah, lebih ramai pekerja Malaysia memanfaatkan peluang PKP ini untuk bekerja dari rumah.

Burger Shogun McDonald’s

Selepas Burger Samurai kembali, kini McDonald’s Malaysia memperkenalkan pula Burger Shogun. Burger Shogun McDonald’s ini serupa dengan Burger Samurai cuma ianya didatangkan bersama telur ayam. Anda boleh memilih jenis daging sama ada daging lembu atau ayam.

Video Promosi Burger Shogun Daging
Burger Samurai dan Shogun McDonald’s

Begitulah gambar yang dimuatkan dalam iklan mereka. Bagaimana pula dengan gambar sebenar burger berkenaan?

Kami tidak mempunyai gambar untuk burger Samurai. Walau bagaimanapun, kami mempunyai gambar-gambar sebenar Burger Shogun untuk dikongsi dengan anda.

Bungkusan Burger

Tidak seperti burger premium lain dahulu, Burger Shogun dan Samurai pada tahun 2020 ini menggunakan wax paper nipis untuk pembungkusan. Pada pendapat kami, bungkusan seperti ini lebih senang digunakan.

Gambar Sebenar Burger Shogun McDonald’s

Inilah keadaan Burger Shogun apabila dibuka pembalutnya. Sos Teriyaki “menghiasi” kertas pembalut, namun itulah bukti betapa McDonald’s tidak kedekut sos!

Maklumat Nutrisi Burger Shogun McDonald’s

Seorang pembaca kami memaklumkan bahawa tiada maklumat nutrisi dapat dicari di laman rasmi McDonald’s Malaysia. Hal ini kerana burger ini ialah menu promosi, bukannya menu kekal restoran McDonald’s.

Telur Dalam Burger Shogun

Inilah keadaan telur mata kerbau yang ada dalam Burger Shogun berkenaan. Tidak terlalu tebal, cukup-cukup sahaja ketebalannya untuk membolehkan anda menikmati burger anda tanpa terjejas rasa dagingnya.

Lapisan dalam Burger Shogun
McDonald’s Delivery Package Seal

Selepas beberapa kali memesan daripada McDonald’s di Kuala Lumpur ini, kami mendapati label ini hanya sekadar label, pekerja McDonald’s berkenaan dipercayai kalis COVID-19 kerana tidak lagi mencatatkan suhu badan di kertas pembungkus makanan ini.

Sekiranya rider datang untuk mengambil 5-6 pesanan sekaligus, kami percaya masih ada masa untuk rider berkenaan diambil suhunya dan dicatatkan atas pembungkus ini.

Apa pun alasan penyedia penghantaran makanan ataupun McDonald’s, jelas bahawa label ini tidak diisi dengan betul. Semoga McDonald’s Malaysia memberi perhatian akan perkara ini.

Maklumat selanjutnya, sila rujuk laman rasmi McDonald’s Malaysia.

Khidmat Pelanggan McDonald’s Malaysia

Laman web (https://www.mcdonalds.com.my/contact): Anda boleh menggunakan laman Contact mereka untuk memberi maklum balas perkhidmatan mereka ataupun bertanya sebarang soalan.

Facebook (https://www.facebook.com/my.mcdonalds): Laman Facebook McDonald’s memiliki lebih 80 juta pengikut.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 496,000 pengikut dengan 310 kiriman (Jun 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 341,000 subscribers. Saluran YouTube ini diwujudkan pada 12 April 2011 dan jumlah view mereka ialah 621,269,346 (Jun 2020).

Laman Twitter (https://twitter.com/McDMalaysia): Laman Twitter mereka mempunyai 194,000 pengikut.

COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu

COVID-19 ialah wabak penyakit berjangkit yang mula dikesan pada hujung tahun 2019. Beberapa bulan kemudian, wabak penyakit ini membuatkan banyak industri lumpuh atau terjejas teruk. Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan berkenaan COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu.

COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Pengguna

Amalkan kebersihan diri: Kerap membasuh tangan dengan sabun, menggunakan hand sanitiser sekiranya tidak dapat membasuh tangan

Semak jam operasi: Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kebanyakan kedai mempunyai waktu operasi yang berbeza berbanding sebelum ini. Sila semak dengan peniaga melalui internet atau pengumuman yang diletakkan di luar kedai. Waktu operasi pasar raya semasa PKP

Panduan Peniaga

Pengunjung kedai/pejabat: Pastikan anda mempunyai rekod pengunjung yang datang ke kedai anda.

SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Pastikan anda sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan tepat dari sumber. Dokumen SOP berkenaan mengandungi maklumat penting untuk memastikan anda dapat kembali menjalankan aktiviti perniagaan anda dengan selamat.

MySejahtera Check-in: Anda boleh menggunakan sistem MySejahtera untuk tujuan contact tracing. Dengan menggunakan sistem ini, data pelanggan anda disimpan oleh pihak kerajaan dan anda sendiri tidak dapat mengaksesnya.

MySejahtera Check-in: Maklumat Yang Perlu Diisi

SELangkah: SELangkah ialah sistem “check-in” yang pantas dan mudah digunakan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak penyakit COVID-19. Maklumat lanjut: Laman web SELangkah

Ringkasan berita

26 Mac 2020, 3:08 PM: Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri akan mendermakan gaji mereka ke tabung COVID-19. Sumber: The Star

Waktu Operasi Pasar Raya Giant Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pasar raya ini akan tetap dibuka semasa tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi Pasar Raya Giant Semasa PKP / MCO.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pasar raya ini:

𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗦𝗧𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝟭 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗞𝗨𝗧Semua stor GIANT akan memastikan stok barangan kami mencukupi dan pengalaman membeli-belah para pelanggan sentiasa bersih dan selamat.Bagi memenuhi para pelanggan dalam golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu mengandung, golongan orang kelainan upaya, pasukan keselamatan dan perubatan disediakan untuk kemudahan sekalian, kami akan menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut untuk kemudahan sekalian: Setiap satu jam pertama hari Selasa dan Rabu Kaunter bayaran khasPelanggan dinasihatkan menghantar wakil keluarga dan membeli hanya apa yang diperlukan sahaja. Kerjasama anda amat dihargai! *𝙒𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙪𝙧𝙪𝙨 𝙣𝙞𝙖𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙠𝙚𝙢𝙖𝙨𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙠𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙜𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣 (𝙋𝙆𝙋). #GiantMY

Laman Facebook Giant Malaysia, 31 Mac 2020

Waktu Operasi Pasar Raya Giant Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pasar raya ini.

Waktu operasi Giant di seluruh Malaysia tidak seragam dan berbeza-beza mengikut lokasi. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Waktu Operasi Giant (PKP) Bermula 1 April 2020

Maklumat Tambahan

Kemudahan istimewa seperti 1) Waktu khusus satu jam pertama hari Selasa dan Rabu dan 2) Kaunter bayaran khas disediakan untuk golongan berikut:

  1. Warga emas
  2. Ibu mengandung
  3. Golongan orang kelainan upaya
  4. Pasukan keselamatan dan perubatan

Maklumat Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan (telefon): +603 5544 8888

Khidmat pelanggan (e-mel): customersupport@dairy-farm.com.my

Laman Facebook (https://web.facebook.com/giantmalaysia): Laman Facebook mereka memiliki 616,993 pengikut. Pengumuman dan iklan produk juga sering dikirim pada laman Facebook mereka.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/giantmalaysia/): Laman instagram mereka memiliki 73,400 pengikut dan 513 kiriman (16 April 2020). Dari segi engagement rate pula, Phlanx Engagement Calculator memberikan markah 0.04%, dengan purata 29 tanda suka dan 1 komen bagi setiap kiriman.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/channel/UC-s4ab7Oe0UACpwhhKaz5zA/featured): Laman Youtube mereka memiliki 4,240 subscribers.

Maklumat Pasar Raya Giant

Giant Malaysia ialah sebuah rangkaian pasar raya dan pasar besar yang dimiliki oleh GCH Retail. Pasar raya ini menjual barangan runcit, makanan segar seperti daging, buah buahan dan sayur-sayuran serta barangan keperluan rumah. Selain dari itu, hampir semua pasar raya Giant turut menjual pakaian.

Waktu Operasi Pasar Raya Lain

Waktu operasi bagi kedai runcit, pasar raya (supermarket, hypermarket) dan kedai-kedai lain yang dibenarkan beroperasi adalah sama seperti fasa sebelum ini. Untuk mengetahui waktu operasi pasar raya berhampiran dengan rumah anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sila ke pautan berikut:

Waktu Operasi Pasar Raya Ketika PKP

Pasar raya yang dimuat naik maklumatnya di sini termasuklah Giant, Tesco, AEON Supermarket dan AEON Big.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 26 April 2020, PKP sudah memasuki peringkat akhir fasa ketiga dan bakal memasuki fasa keempat. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020
  • Fasa keempat: 29 April – 12 Mei 2020

PKP Fasa Keempat (4): Maklumat Penting Yang Anda Perlu Tahu

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu berkenaan PKP Fasa Keempat (4).

Dalam perutusan khas yang dibuat pada 23 April 2020, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan beberapa perkara. Antara perkara penting yang diumumkan ialah pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi, iaitu bermula pada 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020.

Kemas kini: PKP fasa keempat berakhir pada 3 Mei 2020. Mulai 4 Mei 2020 hingga 12 Mei 2020, PKP Bersyarat (PKPB) diperkenalkan.

Berikut dipaparkan beberapa perkara penting berkenaan PKP fasa keempat yang anda perlu tahu:

Pergerakan Pulang Pelajar Institut Pengajian Tinggi

Terdapat hampir 100,000 pelajar kini terkandas di pelbagai kampus institut pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara. Memandangkan mereka sudah lama berada di kampus masing-masing, kerajaan sedang merangka proses perjalanan untuk membawa mereka pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan portal pergerakan pulang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ke rumah masing-masing.

Portal tersebut boleh diakses di alamat https://iptpulang.malaysia.gov.my/kpt/. Kebenaran pulang ini perlu diisi sebelum jam 11:59 malam, 29 April 2020.

Kebenaran Pulang Ke Rumah Masing-masing

Rakyat Malaysia yang terkandas di kampung masing-masing atau mana-mana tempat lain ketika PKP fasa pertama mula dilaksanakan boleh membuat permohonan perjalanan sehala untuk pulang ke rumah masing-masing.

Cara Memohon Perjalanan Rentas Negeri Menggunakan Aplikasi Gerak Malaysia

  1. Mereka boleh membuat permohonan perjalanan merentas negeri (inter-state travel) melalui aplikasi mudah alih (mobile app) Gerak Malaysia bermula 26 April 2020.
  2. Kemudiannya, pada 29 April 2020, mereka perlu mengesahkan perjalanan mereka.
  3. Status permohonan akan diberikan bermula pada 1 Mei.
  4. Perjalanan hanya boleh dibuat dalam tempoh tiga hari sahaja, iaitu 1 Mei hingga 3 Mei 2020.
  5. Sesiapa yang tidak memiliki aplikasi Gerak Malaysia boleh menghantar permohonan bertulis untuk kebenaran perjalanan di mana-mana balai polis berdekatan. Walau bagaimanapun, prioriti akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

Baca lagi: Adakah Aplikasi Gerak Malaysia Selamat?

Terdapat beberapa peraturan tambahan di hentian Rehat & Rawat (R&R). Antaranya ialah pengguna tidak dibenarkan berada di luar kenderaan kecuali untuk menggunakan tandas. Medan selera juga tidak dibuka. Stesen minyak hanya akan dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Waktu Operasi Pasar Raya

Waktu operasi bagi kedai runcit, pasar raya (supermarket, hypermarket) dan kedai-kedai lain yang dibenarkan beroperasi adalah sama seperti fasa sebelum ini. Untuk mengetahui waktu operasi pasar raya berhampiran dengan rumah anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sila ke pautan berikut:

Waktu Operasi Pasar Raya Ketika PKP

Pasar raya yang dimuat naik maklumatnya di sini termasuklah Giant, Tesco, AEON Supermarket dan AEON Big.

Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi

Kerajaan juga mengumumkan terdapat beberapa sektor tambahan yang mungkin dibenarkan beroperasi sewaktu PKP fasa keempat ini.

Kerajaan masih dalam proses pertimbangan untuk memberikan kelonggaran ini dan keputusan akan dibuat setelah meneliti data terbaru berkenaan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Jadual Pengangkutan Awam

Berikut dipaparkan jadual pengangkutan awam bagi perkhidmatan-perkhidmatan RapidKL: Jadual RapidKL LRT, MRT dan KL Monorail Sepanjang Bulan Ramadan 1441H (2020)

Sumber

  1. MCO: Inter-state travel permits applicable via ‘Gerak Malaysia’ from tomorrow – Bernama, 25 April 2020
  2. Kementerian Pengajian Tinggi Melancarkan Portal Khas Untuk Pelajar IPT Memohon Pulang Ke Rumah – Effi Saharudin, Amanz, 28 April 2020

Waktu Operasi Pasar Raya Besar Tesco Semasa PKP / MCO

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Restricted Movement Order / Movement Control Order (RMO/MCO) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020, pasar raya ini akan tetap dibuka semasa tempoh PKP. Dengan ini, kami ingin berkongsi dengan anda berkenaan waktu operasi Pasar Raya Besar Tesco Semasa PKP / MCO.

Pengumuman dari Pihak Pengurusan

Berikut dipaparkan pengumuman dari pihak pengurusan pasar raya ini:

Kami ada berita baik. Nak beli barang di Tesco waktu PKP sekarang ni jadi lebih mudah. Jom guna perkhidmatan “Pesan & Ambil” terbaru kami, cuma perlu ikut langkah yang tertera. Senang je! Kalau nak lebih jimat, jom tengok katalog promosi kami di sini: http://bit.ly/TescoMYCatalogue

Laman Facebook Tesco Malaysia, 15 April 2020

Waktu Operasi Pasar Raya Besar Tesco Semasa PKP

Dengan pengumuman tambahan yang dibuat oleh pihak kerajaan, terdapat sedikit perubahan kepada waktu operasi pasar raya ini.

Waktu operasi Pasar Raya Besar Tesco di seluruh Malaysia tidak seragam dan berbeza-beza mengikut lokasi. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Waktu Operasi Tesco (PKP) Bermula 1 April 2020

Maklumat Tambahan

Menyedari keperluan masyarakat yang berbeza semasa tempoh PKP ini, Tesco dengan pantasnya menawarkan bentuk perkhidmatan baharu iaitu Click and Collect.

Tesco Click and Collect

Maklumat Khidmat Pelanggan

No. telefon: 1300 13 1313 (Tesco Helpline)

Alamat e-mel: tescohelpline@tesco.com.my

Laman Facebook (https://web.facebook.com/TescoMY): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 1,056,000 pengikut (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/tescomalaysia/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 50,400 pengikut dengan 633 kiriman (April 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Youtube (https://www.youtube.com/user/tescomalaysia): Laman YouTube mereka mempunyai 11,400 subscribers. Laman ini sudah lama bertapak di alam maya memandangkan video pertama mereka dimuat naik pada 7 April 2011.

Maklumat Pasar Raya Besar Tesco

Tesco Malaysia merupakan rangkaian pasar raya besar yang berasal daripada United Kingdom. Di Malaysia, antara pesaing yang mempunyai ruang kedai dan konsep yang hampir menyamai Tesco ialah AEON Big dan Giant.

Waktu Operasi Pasar Raya Lain

Waktu operasi bagi kedai runcit, pasar raya (supermarket, hypermarket) dan kedai-kedai lain yang dibenarkan beroperasi adalah sama seperti fasa sebelum ini. Untuk mengetahui waktu operasi pasar raya berhampiran dengan rumah anda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sila ke pautan berikut:

Waktu Operasi Pasar Raya Ketika PKP

Pasar raya yang dimuat naik maklumatnya di sini termasuklah Giant, Tesco, AEON Supermarket dan AEON Big.

Mengenai PKP

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan ini dijalankan kerana berlaku peningkatan mendadak kes wabak Coronavirus COVID-19 di negara ini.

Dengan PKP ini, sekolah, institusi pengajian tinggi, dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup. Hanya sektor-sektor tertentu seperti pasar raya dan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan untuk beroperasi. Kebanyakan kedai di pusat beli belah biasanya akan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Setakat 26 April 2020, PKP sudah memasuki peringkat akhir fasa ketiga dan bakal memasuki fasa keempat. Berikut dipaparkan fasa-fasa PKP:

  • Fasa pertama: 18 Mac – 31 Mac 2020
  • Fasa kedua: 1 April – 14 April 2020
  • Fasa ketiga: 15 April – 28 April 2020
  • Fasa keempat: 29 April – 12 Mei 2020