Solat Jumaat Edisi PKPB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, 19 April 2015

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Masjid yang juga dikenali dengan nama Masjid Besi ini merupakan antara ikon popular di Putrajaya. Masjid ini menjadi pilihan penduduk Putrajaya yang ingin mengerjakan solat berjemaah selain daripada Masjid Putra yang terletak lebih hampir dengan kompleks pentadbiran Perdana Putra.

Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), umat Islam di kebanyakan tempat diberikan kelonggaran untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah di masjid. Kapasiti jemaah pula tertakluk kepada keluasan masjid, asalkan tidak wujud kesesakan sehingga penjarakan sosial sukar dilaksanakan.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Jemaah Sedang Beratur di Luar (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur di Luar (1 Januari 2020)

Kami telah berkesempatan berkunjung ke masjid ini untuk menunaikan solat fardu Jumaat baru-baru ini. Cuba nasib kerana masjid lain yang memerlukan pendaftaran lebih awal sudah penuh.

Kami mencari-cari maklumat berkenaan pendaftaran jemaah sebelum datang ke sini. Namun begitu, tiada maklumat berkenaan pendaftaran lebih awal. Jadi, kami beranggapan bahawa jemaah boleh datang secara walk-in di sini. Di sesetengah masjid, para jemaah dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebelum boleh datang untuk bersolat.

Namun begitu, Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya ini kelihatannya tidak mempunyai sistem pendaftaran lebih awal. Penyediaan tempat solat adalah berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”. Untuk tempat bersolat yang terjamin, anda disyorkan untuk tiba di masjid sekitar 15 minit sebelum masuknya waktu Zohor.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Jemaah Sedang Beratur (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Jemaah Sedang Beratur (1 Januari 2020)

Barisan ketika beratur agak panjang. Semasa beratur, penjarakan sosial dan pematuhan SOP dipantau oleh beberapa pegawai polis yang ditugaskan di sini.

Apabila anda menghampiri pintu masuk masjid, pegawai masjid akan mengedarkan plastik untuk anda menyimpan kasut/selipar anda. Kasut/selipar ini kemudiannya boleh dibawa bersama masuk ke masjid.

Peringatan penting: Sila pastikan anda membawa sejadah sendiri dan telah berwuduk sebelum hadir ke masjid.

Solat Jumaat PKPB Putrajaya - Penjarakan Sosial (1 Januari 2020)
Solat Jumaat PKPB Putrajaya – Penjarakan Sosial (1 Januari 2020)

Penjarakan sosial diamalkan dengan baik di masjid ini. Para jemaah kelihatan rata-ratanya berdisiplin dan anda pastinya akan berasa selamat selama berada di kawasan masjid ini.

Pro tip: Sekiranya wuduk anda terbatal, pihak masjid masih bertimbang rasa. Anda dibenarkan untuk berwuduk semula di tempat wuduk yang disediakan. Penting untuk anda menjaga wuduk bagi mengelakkan kesesakan di tempat wuduk.

Kami mengesyorkan anda untuk sentiasa mendapatkan khabar terbaru dan maklumat tepat dari sumber di laman web rasmi dan laman Facebook Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.