[ MacOS High Sierra Update ] Kemas Kini Keselamatan 2018-001

Pada 24 April 2018, Apple telah melancarkan update (kemas kini) terbaru bagi sistem operasi MacOS High Sierra. Update ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem operasi MacOS tersebut. Bahagian sistem operasi yang terlibat dalam kemas kini ini ialah Crash Reporter dan LinkPresentation.

Macbook Air 2011
Macbook Air 2011

Para pengguna boleh memuat turun update ini secara percuma melalui bahagian Update di Apple Mac App Store.

MacOS High Sierra ialah sebuah sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple untuk digunakan dalam komputer-komputernya. Contoh komputer yang menggunakan sistem operasi ini ialah komputer-komputer Apple seperti Macbook, Macbook Pro, iMac dan juga Mac Pro.

Macbook ialah penawaran produk komputer riba daripada syarikat Apple. Sebagai sebahagian daripada ekosistem Apple, Macbook menawarkan integrasi mudah dengan peranti-peranti Apple yang lain seperti iPhone dan juga iPad. Selain itu, Macbook menerusi MacOS juga menawarkan khidmat storan iCloud, membolehkan anda memindah fail antara storan dalam komputer dan juga di cloud.

Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kemas kini terbaharu daripada Apple ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.