Restoran PKS Maju, Serdang

Restoran PKS Maju ialah sebuah restoran mamak yang terletak di Serdang, Selangor.

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan. Antara lauk-pauk yang menarik ialah kari kambing dan juga ayam varuval. Selain dari itu, milo ais restoran ini juga merupakan antara menu yang harus anda cuba. Rasanya tidak seperti milo ais yang anda dapat di kedai-kedai lain. Mungkinkah ada ramuan rahsia yang dimasukkan?

Restoran ini sering menjadi pilihan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya komuniti pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga terletak di bandar Serdang ini.

Jam Operasi Restoran PKS Maju

Restoran ini beroperasi selama 24 jam setiap hari. Walau bagaimana pun, restoran ini mungkin ditutup seketika pada hari Jumaat waktu tengah hari bagi memberi laluan untuk solat Jumaat.

Untuk menu gorengan pula, restoran ini menyajikan Nasi Lemak Goreng. Nasi Lemak Goreng ialah menu unik di PKS Maju kerana menu ini tidak disajikan di kebanyakan restoran mamak yang lain. Perbezaan Nasi Lemak Goreng berbanding nasi lemak biasa ialah Nasi Lemak Goreng ialah adunan ramuan biasa nasi lemak (nasi lemak, sambal, ikan bilis, kacang) yang digoreng bersama berserta kicap, bawang dan juga telur.

Restoran PKS Maju - Nasi Lemak Goreng 2018-01-20
Restoran PKS Maju – Nasi Lemak Goreng 2018-01-20

Rasa Nasi Lemak Goreng ini pula seperti nasi goreng biasa, cuma nasinya terasa lebih berlemak dan bersambal.

Sistem pesanan dan bayaran

Restoran ini menggunakan sistem kad. Setiap meja akan diberikan satu kad yang mempunyai nombor. Sebarang pesanan akan dicatatkan oleh pelayan melalui tablet. Ini membolehkan pesanan anda dihantar terus kepada tukang masak. Apabila anda ingin membayar, anda hanya perlu membawa kad berkenaan kepada juruwang dan jumlah yang diperlu dibayar akan dipaparkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.